Tuesday, September 21, 2010

ULASAN KARYA

Sebuah novel yang bertajuk matahariku karya Aina Emir menjadi pilihan saya untuk membuat ulasan mengenai karya beliau pada tugasan kali ini. walaupun pertama kali membaca novel karya beliau, saya mula jatuh hati pada cara penulisan Aina emir.
Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorang ratu, tetap istimewa. keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis 'nakal' yang menghabiskan masa di dunia fantasi 'anime'. Dia juga menjadi 'pakar mengurat' di alam maya. Sekalipun umurnya telah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorang lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.
Perkahwinan merupakan sesuatu yang menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan gadis 'materialistik'. Pun begitu, kehadiran Khair atai Kai sejak remaja lagi, kini mula mengubah perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Mereka banyak mempunyai citarasa yang sama seperti membaca komik-komik animasi. Malangnya tiba-tiba sahaja ombak deras memukul, lalu mengucar-kacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yang hampir dekat dengan igauannya!
Kehadiran Eyyad Eymir, seorang lelaki berketurunan campur itu meresahkan lagi jiwanya. Kehadiran Eyyad di kala duka apabila mama dan kakak kandungnya, Asilla yang sering menyakiti hatinya. Syakirah sering kali meluahkan perasaan sedihnya kepada Eyyad pada mulanya melalui alam maya dan Syakirah sendiri tidak tahu bahawa Eyyad adalah rakan bos di tempat kerjanya di Indah dekor milikAbang Adam dan Amani yang merupakan suami isteri.
Eyyad juga sentiasa ada bersamanya apabila dia membantu Syakirah apabila Syakirah memerlukan tempat tinggal selepas perceraian mama dan papanya atas permintaan mamanya sendiri apabila syarikat papa Syakirah mengalami kerugian. Eyyad juga turut membantu Syakirah menjelaskan bil pembedahan papanya yang mengidap penyakit jantung.
Syakirah juga terpaksa tinggal di apartment milik Eyyad secara senyap-senyap kerana tidak mahu dikatakan perempuan simpanan oleh masyarakat kerana dia juga tahu bahawa Eyyad sudah mempunyai isteri. Namun begitu, lama kelamaan perasaan syak mula ada pada kakak dan adiknya iaitu Kiranah dan Nabila apabila Syakirah mendapat duit untuk perbelanjaan pembedahan papanya. Akhirnya, Syakirah terpaksa memberitahu hal yang sebenarnya kepada mereka kerana tidak mahu mereka risau mengenainya. syakirah juga memberitahu bahawa wang yang digunakan itu adalah pertolongan daripada bosnya dan tempat tinggal yang didudukinya juga milik bosnya.
Papanya amat marah dan memaksa Syakirah berkahwin dengan lelaki tersebut. Syakirah tidak boleh membantah kerana dia tahu papanya amat tegas dalam hal ini. Dia juga telah memberitahu bahawa lelaki tersebut juga telah berkahwin dan papanya tidak kisah akan hal itu kerana poligami tidal salah asalkan lelaki tersebut mampu dan papanya mahu menjaga nama baik Syakirah. Mereka dinikahkan di Thailand kerana tidak mahu melalui banyak proses yang lebih merumitkan melalui undang-undang Malaysia kerana Eyyad bukan rakyat Malaysia walaupun datuk dan nenek sebelah ibu Eyyad merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Perlis. Cadangan untuk berkahwin di Thailand juga dipersetujui olaeh datuknya kerana datuknya juga merupakan imam masjid di kampungnya.
Setelah melalui kehidupan sebagai suami isteri, Syakirah mula sedar bahawa dia telah jatuh cinta terhadap Eyyad kerana keperibadian lelaki tersebut. Syakirah juga telah reda dengan ketentuan Allah terhadap kehidupannya. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa kehidupannya. Dia juga telah berubah menjadi isteri yang solehah. perubahan terhadap pemakaiannya juga mengejutkan rakan-rakan di tempat kerjanya. Namun begitu, Syakirah masih tidak menghebahkan tentang perkahwinannya dengan Eyyad kerana dia risau tentang penerimaan berita tersebut akan mengejutkan Amani kerana Syakirah juga tahu Amani juga mempunyai perasaan cinta terhadap Eyyad walaupun sudah bersuami! Syakirah juga risau kerana semua orang tahu bahawa Eyyad juga telah beristeri. Dia tidak mahu dikatakan sebagai perampas suami orang dan seorang yang 'materialistik' seperti mamanya yang sanggup berkahwin lain dengan orang kaya hanya selepas tempoh edah berakhir.
Pada masa yang sama, mama dan Asilla sentiasa mengambil kesempatan terhadap Syakirah kerana mereka mengetahui bahawa Syakirah telah berkahwin dengan orang kaya. Eyyad juga lah telah menyelesaikan masalah ini sehingga mama Syakirah sedar. Walaupun Syakirah tahu bahawa Eyyad terlalu sibuk dengan perniagaan Eyyad di merata dunia terutama di Timur Tengah, Eyyad masih mahu membantu menyelesaikan masalahnya.
Eyyad juga telah memberi cadangan supaya Syakirah mengusahakan semula syarikat papanya bersama Kiranah dan dia akan membantu daripada segi kewangan.
Semasa percutian bulan madu mereka di Timur Tengah, Eyyad telah menceritakan kepada Syakirah bahawa dia telah jatuh cinta terhadap Syakirah semasa pertama kali mereka bertemu iaitu semasa Syakirah berada di situ apabila Syakirah terasa mahu pitam apabila terkena pancaran matahari. Pada masa itu, Eyyad yang membantu Syakirah dan Syakirah tidak tahu mengenainya.
Eyyad juga telah menceritakan bahawa dia dan isterinya pertamanya, Batrisyia telah bercerai kerana antara mereka tiada rasa cinta dan sayang. Hal ini juga tiada kena mengena dengan Syakirah kerana semasa mereka bertemu buat pertama kali dahulu, Eyyad dan bekas isterinya dalam proses perceraian.
Syakirah terlalu gembira dan mereka berharap perkahwinan yang dibina akan berkekalan sehingga akhir hayat.


Wednesday, August 18, 2010

PENULISAN KREATIF.

Gurindam Jiwa
Derita Kalbu

Lewat petang yang suram
Aku termenung keseorangan
Mencari damai yang hilang
Berkabus pergi

Hilang tanpa dikesan
Hilang tanpa petanda
Hilang tanpa berganti

Lewat petang yang suram
Hati berkata sendirian
Hingga bilakah harus begini

Menahan rasa sebal di hati
Menahan gelodak amarah
Yang membara
Menahan duka yang penuh nestapa
Menahan titis air mata
Dari tertumpah

Lewat petang yang suram
Aku masih belum ketemui jawapan
Namun masih belum ketemui jawapan
Namun masih kekal bersandarkan
harapan

Harapan agar semua ini berubah
Menjadi ketenangan ang hakiki
Menjadi kepastian yang nyata
Dengan keizinan Yang Maha Esa
Aku mengharapkan ia bakal merubah

Langkah-langkah yang seterusnya
Agar tidak terpesong
Agar tidak menyongsang
Agar kembali lurus membilang

PENULISAN KREATIF.

Tuesday, July 20, 2010

pendapat tentang kelas pertama..

Tentang masa pembelajaran waktu kelas iaitu pada pukul 8.00 pagi memang membuatkan saya mengantuk. tetapi bila memikirkan saya seorang pelajar tahun akhir yang mengambil jurusan pengurusan teknologi memerlukan komitmen pengurusan masa yang cekap. tambahan pula selepas menghabiskan pembelajaran, saya akan didedahkan pula dengan latihan praktikal. keadaan ini juga memerlukan saya bekerja pada waktu pejabat iaitu pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. selepas ini saya berharap tiada apa-apa halangan dalam pengurusan masa..